Wednesday, 5 December 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

BAHASA MELAYU

TAHUN 3


MATA PELAJARAN                          :Bahasa Melayu

TARIKH                                              : 25 Oktober  2012

MASA                                                 :10.35- 11:35a.m.

TAHUN                                               : 3 A

TEMA                                                 : Kerjaya

TAJUK                                               : Kerjaya pilihan

BILANGAN MURID                           :24 Orang

Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

4.0  Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara    

       terperinci ,tepat dan tersusun.  

8.0  Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

 

Hasil Pembelajaran Khusus(HPK)

4.1  Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara     

       terperinci ,tepat dan tersusun.  

8.1  Membina dan menulis perkataan dan ayat tunggal   

 

Huraian Hasil Pembelajaran (HPP)

 Fokus Utama           

4.1 Aras 2        i.  Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan  

                         teratur

4.1 Aras 3        i.  Menghuraikan pandangan yang dikemukakan dengan munahsabah.


8.1 Aras 3        i.  Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Fokus Sampingan 

1.1Aras 1        i)           Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan dengar    

                                dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Aras 3        i.          Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

8.2 Aras 3        i.          Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

 

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

i.              Menjawab soalan lisan dengan betul tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

ii.             Melahirkan pandangan dan menghuraikan pandangan yang dikemukakan  dengan memberi alasan yang munahsabah

iii.            Menulis tiga ayat tunggal yang lengkap berpandukan gambar

 
Kemahiran Berbahasa :       Kemahiran Bertutur

                                                Kemahiran Membaca

                                                Kemahiran Mendengar

                                                Kemahiran Menulis


Sistem Bahasa       : Tatabahasa      -Morfologi        - Kata Kerja

                                : Sebutan dan Intonansi - Membaca dialog
 
Pengetahuan Sedia Ada      : Murid telah mengetahui pelbagai pekerjaan berdasarkan

                                                 pengalaman hidup

ABM   : Gambar kerjaya , Kad Perkataan, kertas mahjung ( Dialog ), lembaran kerja 

Pendekatan/strategi : Berpusatkan guru dan murid

Kaedah                      : Perbincangan, penyoalan, lakonan

Nilai                           : Kesyukuran,  keberanian,kerajinan , berjimat –cermat

KBKK                        :  Menjana idea, mencatat, mencirikan, menghubungkait


 

LANGKAH

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

AKTIVITI PENGAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Set Induksi

( 3 minit )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memaparkan

Gambar kerjaya melalui powerpoint

1.Guru  memaparkan gambar kerjaya melalui Powerpoint .

2. Guru bertanya kepada murd apa yang dilihat dalam gambar.

3.Bersoal jawab tentang  slaid yang dipaparkan .

4.Guru menyatakan tajuk yang hendak disampaikan .
( Kerjaya pilihan )

1.Murid memerhatikan slaid yang dipaparkan.

2.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Strategi :

Berpusatkan guru & murid

 

Kaedah :

Penyoalan

 

ABM:
Powerpoint
   

Nilai :
Kesyukuran

 
KBKK:
Menjanakan idea

Langkah 1

(8 minit)

 

 

Dialog

 

 

 

 

 

 
  1. Guru memaparkan          
      dialog yang ditulis di   
      kertas mahjung .

2.Guru mengemukakan soalan  lisan   
    tentang  dialog yang telah dibaca.

 

Soal jawab :
1. Mengapakah  Siti  mahu menjadi 
    doktor gigi?
(Merawat gigi pesakit)
2.Bagaimanakah Siti 
    mencapai cita-citanya?              
(Belajar bersungguh-sungguh) dBAGAIMGHSHJHJDagaiamahnahaiHA 2
1. Murid  membaca dialog tersebut.

2. Murid berlakon watak dialog  sambil membaca dialog

3.Murid  memahami dialog  tersebut berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru.

 
Strategi:
  Berpusatkan guru &murid

Kaedah : Membaca dialog, lakonan, penyoalan , Perbincangan

ABM : Gambar , kertas A4

Nilai:
Kerajinan,
Bersyukur,

Keberanian

KBKK: Menjana idea,
 Menghubung

kait.

Langkah 2

(8 minit)

Kerjaya pilihan

 

 

 

1. Guru memaparkan   gambar-gambar
kerjaya.
2.Soal jawab berdasarkan gambar .
3) Berdasarkan gambar  
apakah nama kerjaya?
( Ahli bomba )
4) Apakah tugas bagi  ahli bomba?
   ( Menyelamatkan orang  dan
     memadamkan api )
 5)  Siapakah yang   mengajar dan  
       mendidik murid ?
  ( Guru )
6)  Apakah tugas guru ?
     ( Mendidik murid )

 7) Siapakah bercita-cita  menjadi guru?
( Murid-murid     mengangkat     
   tangan berdasarkan  cita-cita   
   mereka .
 8) Berdasarkan gambar  apakah nama kerjaya ?
      ( Petani )
9) Apakah tugas sebagai  petani ?
( Menanam sayur dan menanam padi )

10) Guru membimbing  murid   menyatakan bahawa kita patut    bersyukur dan  berterima kasih    kepada petani kerana tanpa  mereka ,kita tidak dapat makan nasi  dan sayur-sayuran setiap hari .

1. Murid-murid memerhatikan gambar yang dipaparkan .

2. Murd-murid menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru.

3 .Murid menyatakan nilai kesyukuran,  dan mengucapkan terima kasih kepada petani     yang bersusah payah   menanam padi untuk membekalkan nasi  kepada kita setiap hari.

4.Murid juga menyatakan kita perlu mengamalkan  sikap berjimat-cermat dan tidak membazirkan nasi semasa makan .

Strategi :
Berpusatkan guru &murid

 
Kaedah :
Penyoalan, perbincangan

 
ABM :  gambar, kad perkataan

Nilai :
Keberanian,
Kesyukuran , kerajinan, berjimat-cermat

 

 

Langkah 3

( 8 minit)

 

 

Pengukuhan dan pengayaan diri

1.Guru meminta setiap kumpulan murid   menulis nama kerjaya dan tugas bagi setiap individu dalam gambar.
2.Perbincangan antara guru dan murid.
 
 

1.Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

2.Kerja kumpulan :
 
Kumpulan 1&2 

Menulis nama kerjaya dan tugas   bagi individu dalam gambar dan  pilih satu kerjaya di atas dan tulis  tiga ayat tentang kerjaya tersebut

Kumpulan 3&4
Menulis nama kerjaya dan tugas  bagi individu dalam gambar dan pilih satu kerjaya dan isi tempat kosong .

 Kumpulan 5&6
Murid menulis nama kerjaya dan tugasan setiap individu  berdasarkan (panduan – pilihan perkataan .)

Strategi : Berpusatkan murid
 
Kaedah : Perbincangan

Nilai :
Bekerjasama
 
ABM : Lembaran kerja

 

KBKK:
Mencirikan, menjana idea, menghubung
kait

Penutup

( 3 minit)

 

Rumusan

1) Guru meminta murid    membuat   rumusan berkaitan  tajuk  yang  dipelajari.
 

1) Murid membuat rumusan berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

Rumusan :
1. Setiap individu
     mempunyai     
     kerjaya
     masing-masing     apabila 
    sudah dewasa.

2.Untuk mencapai kerjaya pilihan, kita patut rajin  belajar supaya dapat mencapai cita-cita  tersebut.

 
 

 

 

 

 

8 comments:

  1. Cikgu, selain daripada rph cikgu boleh memasukkan aktiviti-aktiviti lain ke dalam blog cikgu ini. Selamat berusaha, take your time cikgu. Kita baru belajar berblog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya akan cuba berusaha lagi. Kita sama-sama belajar. Semoga anda juga berjaya.

      Delete
  2. Cikgu jemputlah ke blog saya dan berikan komen serta jadi follower saya pula. TQ.
    niniescribble.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjadi follower saya. Saya juga akan melawat blog cikgu. Kita sama-sama berusaha.

      Delete
  3. perlulah tambah maklumat lagi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan tambah maklumat kemudian. Selamat belajar.

      Delete
  4. Terima kasih. kita sama-sama belajar.

    ReplyDelete