Sunday, 23 December 2012

Teka-teki

Teka-teki
 Marilah kita bersama-sama teka-teki.

1. Saya bertugas di hospital.
    Tugas saya ialah merawat pesakit.
    Apakah pekerjaan saya ?

2. Saya bertugas di pesawat.
    Tugas saya ialah melayan penumpang.
    Siapakah saya ?

3. Saya bertugas di balai polis.
   Tugas saya ialah menangkap pencuri dan menjaga keamanan masyarakat.
   Siapakah saya ?

4. Saya pandai menjahit baju.
    Tanpa saya, anda tidak dapat memakai pakaian yang cantik.
    Siapakah saya ?

5. Saya sentiasa membuat eksperimen.
    Tugas saya ialah mencipta sesuatu yang baru.
    Saya selalu membuat kajian di makmal.
    Siapakah saya ?



Jawapan :

1. Doktor
2. Pramugari
3. Polis
4. Tukang jahit
5. Ahli sains

1 comment: