Tuesday, 4 December 2012

Latihan

Latihan 1 :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul .
 

 pramugari
 ahli bomba
 Tukang jahit
 doktor
 ahli sains
 guru

1.  Puan Shanti bertugas sebagai seorang ____________________ di SJK (C) Jeram.
2. _________________itu  melayan setiap penumpang dengan mesra.
3. Puan Suhaida seorang __________________ yang rajin. Dia menjahit baju setiap hari.
4. Encik Tang selalu membuat kajian. Beliau ialah seorang __________________.
5. Hospital merupakan tempat bertugas Puan Lee. Beliau seorang ___________________.
6. Tugas Pak Ali ialah memadamkan api . Beliau ialah seorang ____________________.
 
Jawapan latihan 1 :
  1. guru
  2. pramugari
  3. tukang jahit
  4. ahli sains
  5. doktor
  6. ahli bomba



Latihan 2:

Bina tiga ayat berdasarkan kerjaya.

Contoh-contoh Ayat Yang Dibina Oleh Murid Berdasarkan Kerjaya.


1.  Tukang Jahit




 











  a) Puan Anita seorang tukang jahit.
  b) Setiap hari, dia akan menjahit pakaian.
  c) Dia seorang tukang jahit yang rajin.
 

2.  Pramugari





 







a) Cik Tan seorang pramugari.
b) Dia akan melayan penumpang di kapal terbang.
c) Dia seorang pramugari yang mesra.

 
3. Ahli Sains



 









a) Puan Aminah seorang ahli sains.
b) Dia selalu membuat kajian.
c) Dia seorang yang tekun bekerja.


 
4. Doktor











 
a) Puan Fatimah seorang doktor.
b) Tugas beliau ialah merawat pesakit.
c) Beliau bertugas di hospital.
 

7 comments:

  1. Murid-murid tahun 3 telah dapat membina ayat berdasarkan kerjaya yang diajar oleh cikgu. Tingkatkan usaha anda( murid Tahun 3A).

    ReplyDelete
  2. Ayat-ayat yang dibina oleh murid-murid adalah bagus. Hubungan antara ayat adalah berkaitan dan bersesuaian. Pandainya cikgu mengajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kita bersama-sama berusaha mendidik murid agar menjadi insan yang berilmu.

      Delete
  3. Ayat-ayat yang dibina oleh murid-murid Tahun 3A ringkas dan betul, syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, murid-murid tahap satu sesuai bina ayat yang ringkas.

      Delete
  4. paparan yang menarik, jelas dan padat.

    ReplyDelete