Tuesday, 4 December 2012

Latihan

Latihan 1 :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul .
 

 pramugari
 ahli bomba
 Tukang jahit
 doktor
 ahli sains
 guru

1.  Puan Shanti bertugas sebagai seorang ____________________ di SJK (C) Jeram.
2. _________________itu  melayan setiap penumpang dengan mesra.
3. Puan Suhaida seorang __________________ yang rajin. Dia menjahit baju setiap hari.
4. Encik Tang selalu membuat kajian. Beliau ialah seorang __________________.
5. Hospital merupakan tempat bertugas Puan Lee. Beliau seorang ___________________.
6. Tugas Pak Ali ialah memadamkan api . Beliau ialah seorang ____________________.
 
Jawapan latihan 1 :
  1. guru
  2. pramugari
  3. tukang jahit
  4. ahli sains
  5. doktor
  6. ahli bomba



Latihan 2:

Bina tiga ayat berdasarkan kerjaya.

Contoh-contoh Ayat Yang Dibina Oleh Murid Berdasarkan Kerjaya.


1.  Tukang Jahit




 











  a) Puan Anita seorang tukang jahit.
  b) Setiap hari, dia akan menjahit pakaian.
  c) Dia seorang tukang jahit yang rajin.
 

2.  Pramugari





 







a) Cik Tan seorang pramugari.
b) Dia akan melayan penumpang di kapal terbang.
c) Dia seorang pramugari yang mesra.

 
3. Ahli Sains



 









a) Puan Aminah seorang ahli sains.
b) Dia selalu membuat kajian.
c) Dia seorang yang tekun bekerja.


 
4. Doktor











 
a) Puan Fatimah seorang doktor.
b) Tugas beliau ialah merawat pesakit.
c) Beliau bertugas di hospital.
 

Monday, 12 November 2012

JENIS PEKERJAAN DALAM PENGAJARAN

Pengajaran jenis pekerjaan dalam P&P berserta gambar yang menarik dapat menarik minat para pelajar untuk belajar dengan cepat.

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3
pengajaran yang menarik dalam penyampaian bahasa Melayu

Wednesday, 7 November 2012

PENYEDIAAN BAHAN BANTU  MENGAJAR SECARA ICT  DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
         Dalam sekolah, penyediaan bahanbantu mengajar adalah dalam pelbagai cara. 
         Salah satu cara yang terkini adalah melalui komputer.Guru-guru boleh melayari internet untuk  mendapat  pelbagai maklumat. Berikut adalah beberapa orang guru yang melayari internet untuk mencari pelbagai maklumat.


BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM SEKOLAH



Tuesday, 23 October 2012

~~~SELAMAT DATANG KE DUNIA ILMU~~~
SEMOGA MENDAPAT SOKONGAN KALIAN ...
CHEER ~  CHEER ~ CHEER